Ahad, 3 Jun 2018

BAGAIMANA PERSIAPAN RAYA TAHUN NI

Tahun ni persiapan raya ala kadar je. Tak beli yang mahal.-mahal. semua nak jimat. Ingat nak pegi cari kat jalan TAR minggu depan. ada sape- sape dah pegi ke? banyak yang menarik tak? dan yang penting harga mampu beli ke? tepuk dada tanya poket anda masing2.  

Hari ni aku jalan-jalan kat Sunway Vellocity Megamall kat jalan peel cheras. Walaupun jarak dari rumah nak ke sana tak sampai 1 km pun tapi inilah kali pertama aku jejak kan kaki kat situ setelah mall itu beroperasi sepenuhnya.  Selalunya aku lebih suka shopping kat Jusco Aeon je.  Bersebelahan Vellocity tu. senang parking, parking free, jalan pun tak penat sangat sebab mall nya tak sebesar sunway vellocity.  Nak pegi try la skali ke Sunway Vellocity tu mmg meriah.   tapi pastikan tenaga mencukupi.

Masa jalan-jalan tadi sempat tengok tarian tradisi orang melayu sempena raya.. Apa yang seronoknya tarian itu bukan saja ditonton oleh orang melayu malahan bangsa lain juga turut sama-sama terpegun. TAHNIAH MALAYSIA KU



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...