Rabu, 13 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena Aidilfitri ini, admin menyusun 10 jari mohon maaf dari anda semua seandainya ada tersilap dan terguris hati samada sengaja atau tidak selama mana admin mengendalikan blog ini. 

salam kemaafan admin pinta
semoga memperolehi keberkatan oleh NYA

Amin....

Salam sayang you all

Ahad, 3 Jun 2018

BAGAIMANA PERSIAPAN RAYA TAHUN NI

Tahun ni persiapan raya ala kadar je. Tak beli yang mahal.-mahal. semua nak jimat. Ingat nak pegi cari kat jalan TAR minggu depan. ada sape- sape dah pegi ke? banyak yang menarik tak? dan yang penting harga mampu beli ke? tepuk dada tanya poket anda masing2.  

Hari ni aku jalan-jalan kat Sunway Vellocity Megamall kat jalan peel cheras. Walaupun jarak dari rumah nak ke sana tak sampai 1 km pun tapi inilah kali pertama aku jejak kan kaki kat situ setelah mall itu beroperasi sepenuhnya.  Selalunya aku lebih suka shopping kat Jusco Aeon je.  Bersebelahan Vellocity tu. senang parking, parking free, jalan pun tak penat sangat sebab mall nya tak sebesar sunway vellocity.  Nak pegi try la skali ke Sunway Vellocity tu mmg meriah.   tapi pastikan tenaga mencukupi.

Masa jalan-jalan tadi sempat tengok tarian tradisi orang melayu sempena raya.. Apa yang seronoknya tarian itu bukan saja ditonton oleh orang melayu malahan bangsa lain juga turut sama-sama terpegun. TAHNIAH MALAYSIA KU



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Aidilfitri ini, admin menyusun 10 jari mohon maaf dari anda semua seandainya ada tersilap dan terguris hati samada sengaja atau ...