Ahad, 24 Disember 2017

FILEM SEMBILU SATU KENANGAN

Filem ini pernah meletup suatu ketika dulu. Siapa zaman remajanya di tahun 90an mesti pernah tonton filem ni kan. Filem inilah yang mula mula membawa erra fazira ke dunia perfileman. Filem ini juga penuh nostalgia buat aku. Sehingga kini masih menonton. tape video masih menjadi pilihan kerana ia menyimpan 1001 kenangan.


tape video vhs sembilu yang tersimpan hampir 25 tahun

video tape ini jarang jarang orang beli suatu ketika dulu. Kebiasaannya orang sewa je dikedai kedai video. Kadar sewa dalam RM3 untuk seminggu. Bergantung pada satu satu filem tu. Nak sewa tape sembilu dulu kena tunggu giliran maklumlah filem ni mendapat sambutan hangat dikalangan peminat filem tempatan pada ketika itu. Sebab tu lah aku beli tape ni. Selalu juga dipinjam oleh kawan kawan masa sekolah dulu. bawa dalam beg sekolah senyap senyap takut cikgu nampak. Kalau teringat balik nostalgia itu,  mesti aku tersenyum keseorangan

sembilu 2 mencipta fenomena dengan kutipan box office tertinggi

Sembilu 2 merupakan kesinambungan dari filem sembilu. Filem ini mencipta fenomena dan mencatat sejarah apabila mendapat kutipan paling tinggi RM6juta dengan harga tiket pada waktu tu RM3.50 sahaja. Dikira kejayaan yang cukup membanggakan pada waktu itu. Yusoff Haslam waktu tu digelar six million dollar man. 

Disini lah nama Erra Fazira mula mekar dan gosip percintaan dua bintang utamanya menjadi topik hangat waktu itu. Rata rata peminat mengharapkan erra dan awie bersatu.  Tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang. 

tv kotak adalah medium menonton tape video dizaman 90an

Secara keseluruhannya, filem ini mendapat sambutan hangat pada ketika itu adalah kerana jalan ceritanya yang menyentuh isu percintaan remaja di samping menampilkan bintang popular ketika itu seperti awie dan ziana zain. 

Ziana Zian penyanyi yang sedang mencipta nama waktu itu. Banyak lagu lagu ziana yang hits dimuatkan dalam filem itu. Begitu juga lagu nyanyian awie yang menjadi siulan remaja seperti aku ketika itu. Ini yang membuatkan filem ini diterima ramai. Nampaknya pencaturan yusoff haslam ketika itu betul betul menjadi. 

Sekarang filem ini sudah hampir 25 tahun dan ianya tetap menjadi kenangan dalam hidup aku. 

SEKIAN, FILEM KITA JIWA KITA






Rabu, 20 Disember 2017

MUSIM CUTI SEKOLAH : MASA MENDENGAR MUZIK

Apa Khabar Semua!!!

Musim cuti sekolah dah nak abis, Rasa baru saja bermula. Bagi orang lain musim cuti sekolah ini lah yang sesuai untuk bersama keluarga, pergi jalan-jalan, bercuti bersama mereka yang tersayang. Tetapi tidak aku, penghujung tahun padat dengan pelbagai tugasan. Macam-macam urusan kerja nak kena selesaikan sebelum tahun bertukar ke 2018. Berkejaran sana sini sehinggakan tak sempat nak menulis. Penat itu perkara biasa kekadang nak hidup pun terasa siksa... 

Tahun ini kesibukan makin bertambah dari tahun-tahun sebelumnya. Apa taknya, last minit dapat surat tawaran berpindah rumah. Nak tak nak kena pindah juga demi masa depan keluarga. Seronok tu memang la seronok sebab dapat rumah baru walaupun bukan rumah sendiri. Pelbagai perkara kena urusankan terutama sekali hal pertukaran sekolah anak. Buntu juga memikirkannya. Macam mana nak buat pertukaran sekolah dari selangor ke kuala lumpur. Bolehkah urusan itu dilakukan dalam masa yang singkat.. Adakah kekosongan lagi di sekolah yang berdekatan rumah. Siapa yang nak jemput anak sekolah kebangsaan dan hantar ke sekolah agama. Itu baru anak pertama. Anak kedua  pulak.. masalah yang sama, mana nak cari tadika. lepas tu transit ke taska.. siapa yang nak hantar dan jemput dah la umur baru 5 tahun ditengah-tengah bandar besar pulak tu. Yang sikecik pulak.. ada ke orang sanggup menjaganya. Aduiii pening kepala.. kalau gaji aku besar kompem aku suh wife berenti kerja. tapi apakan daya hidup di kota besar perlu keduanya kerja.. harapkan gaji aku.. memang tak berasap la dapur.. Pening-pening memikirkan

Teringat....

Suatu ketika dulu ketika di kampung, masa cuti sekolah beginilah masa paling sesuai untuk layan kaset lagu lagu kegemaran. Bulan disember ni kompem musim hujan, tak boleh nak keluar main di luar, so terperap dirumah la.. tu yang syok layan kaset tu. lagipun hujan..boleh pasang lagu kuat-kuat.. kompem orang tak dengar.. hahaahaa.. seronok sangat masa tu. Paling syok masa tu album RAP baru bertapak, seperti NICO, KRU,KOOL dan FEMININ.. apa lagi bergegarlah bilik aku...

"aku nico nak cerita,cerita rapper muda dikota, umur muda mau bercinta sampai hidupnya porak peranda"

hhhaahah... lagu feveret tu...


Khamis, 7 Disember 2017

SELAMATKAN FILEM KEGEMARAN ANDA

Pernahkah anda memiliki tape video VHS? Suatu ketika dulu ia digunakan secara meluas sebagai hiburan dirumah. Selain menyewa tape dikedai, pengalaman merakam filem atau rancangan televisyen kegemaran menjadi satu fenomena. Apa saja rancangan menarik kita pasti sudah bersiap dengan tape vhs untuk dirakam. kekadang malas nak tekang butang pause dibiarkan saja sehinggakan terakam sekali dengan iklan tv. Sebenarnya jika ditonton kembali rancangan yang dirakam suatu ketika dulu bersama-sama iklan itu membuatkan kita tersenyum sendirian.

Nostalgia mengamit memori.

Mungkin ketika pertama kali menonton rancangan itu kita bersama seseorang yang amat istimewa. yang sekarang mungkin kita tidak bersamanya lagi.. sekarang ni dah jadi nostalgia pula bila menontonnya kembali pada hari ini. 

   
perakam video VHS

Apapun, masa berlalu begitu pantas, teknologi berubah mengikut peredaran waktu. Tape video dan perakam dilupakan, orang tidak menggunakannya lagi, Zaman sekarang zaman teknologi semuanya digital, menonton movie juga tidak hanya melalui tv, sekarang dah ada youtube. Apa sahaja boleh ditonton.

Tapi tahukah anda?

Kebanyakkan movie atau filem, rancangan tv lama yang ada di youtube adalah hasil dari rakaman video VHS ini. Hasil kerja individu tertentu menyelamatkan filem atau rancangan tersebut dari terus terkubur. Kita boleh menontonnya kembali pada masa kini, malah generasi sekarang pun turut merasainya.

Bukan mudah untuk mengantikan format lama iaitu vhs ke format digital seperti yang ada di youtube sekarang, Kerja- kerja ini memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan masa dan wang ringgit. Beberapa alatan diperlukan untuk menukarkan ke format digital, antaranya komputer dan yang penting video capture

                                                           video capture easycap

Video Capture tersebut digunakan untuk rakam kembali video dalam vhs melalui komputer. Kerja kerja tersebut memakan masa yang agak lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi, Masa yang diambil adalah berdasarkan durasi filem tersebut. Perlu berhati hati kekadang komputer menjadi hang apabila terlalu lama ia bekerja. Disinilah memerlukan kesabaran yang tinggi.

cara capture video ke PC

video dimainkan ke komputer melalui alat ini menggunkan software tertentu dan  setelah selesai barulah kwrja kerja mengedit dilakukan sebelum disimpan ke dalam harddisk atau dimuat naik diinternet seperti yang anda tonton sekarang ini. 


Isnin, 27 November 2017

ANTARA LAGU GUBAHAN DAN CIPTAAN SAARI AMRI

komposer saari amri
 
Siapa tak kenal komposer saari amri yang begitu gah era 90an dulu.  Semua lagu lagu beliau melekat sehingga ke hari ini.  Saya sendiri pun membesar dengan lagu lagu beliau.  Boleh dikatakan kesemua lagu lagu ciptaan beliau menjadi hits dan siulan anak anak muda waktu tu.  Pengalaman membeli kaset lagu lagu saari amri memang tak boleh dilupakan.  kenangan tak mungkin datang kembali.  rindunya zaman 90an

Antara lagu ciptaan saari amri. Lagu mana yang anda suka dan minat sehingga kini????

Madah Berhelah - Ziana Zain
Tika Naik Tika Jatuh - Ziana Zain
Kemelut Di Muara Kasih - Ziana Zain
Setiaku Di Sini - Ziana Zain
Kekal - Ziana Zain
Penantian - Black Rose
Kau Satu-Satunya - Ukays
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays
Sebak - U.K's
Rhythm Si Jantung Hati - U.K's
Kembali Mencari - Ukays
Kekasihku Di Menara - U.K's
Untuk Apa - U.K's
Kerana Perpatah Lukaku Berdarah - Ukays
Sesak - U.K's
Permata Hati - U.K's
Seksa - Ukays
Pahit Akan Manis Akhirnya - U.K's
Nyanyian Jiwa - Ukays
Membara - Ukays
Tergamak Kau - Ukays
Di Luar Keampuanku - U.K's
Nafas Orang Kota - U.K's
Bila Purnama Mengambang - U.K's
Cinta Kita Hanya Tinggal Irama - Ukays
Tak Mati Selepas Mati - Ukays
Berkat Kasihmu - Ukays
Duit - Ukays
Kata Kata Mak Aku - Ukays
Benar Benar, Sungguh Sungguh - Ukays
Satu Lilin Sehening Malam - Ukays
Tak Kesampaian Cintaku - Ukays
Sendu - Ukays
Butakah Cinta - Spring
Mengintai Dari Tirai Kamar - Exists
Terpaksa - Exists
Diammu Gunung Berapi - Exists
Masih Terserlah Ayumu - Exists
Tunduk Mengalah - Data
Impian Abadi - Lestari
Tiada Akhirnya - Lestari
Kembalilah Kasih - Lestari
Bukalah Hatimu - Umbrella
Ramalanku Benar Belaka - Umbrella
Maruah - Umbrella
Kebenaran Akan Terbukti - Umbrella
Segugus Impian - Umbrella
Ragam Bercinta - Umbrella
Ku Masih Berharap - Umbrella
Cuci Tangan - Umbrella
Tak Mungkin Kembali - Umbrella
Panah Asmara - Umbrella
Cendekiawan Tak Mungkin Mencintai Seniman - Umbrella
Hanya Kau Segalanya - Stings
Cinta Suci - Stings
Perkenankan Impianku - EYE
Serasi - EYE
Pasti - Mega
Pergi - Mega
Luka Seribu Rindu - Fotograf
Sesat Dalam Rindu - Damasutra
Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku - Arrow
Ku Mengalah Sajalah - Arrow
Terasing Dalam Sepi - Slam
Gerimis Mengundang - Slam
Malamku Kesiangan - Slam
Satu Jalan Satu Pegangan - Slam
Kita Terpaksa Bermusuhan - Slam
Kembali Terjalin - Slam
Kembali Merindu - Slam
Manisnya Rindu - Slam
Satukan Hati Kita - Slam
Nur Kasih - Slam
Satu Cinta Yang Tak Setia - Screen
Tak Mungkin Berpaling - Slam
Kau Dipaksa Aku Terpaksa - Scan
Yang Kalut Di Fikirkan - Scan
Cendikiawan Tak Mungkin Menyintai Seniman - Scan
Getar Masih Terasa - Leon
Tersiksa Lagi Batinku - Sweet Child
Kau Guriskan Perasaan - Sweet Child
Yang Terlarang Itu Godaan - Child
Lena Diulit Intan - Wings
Meniti Suratan - May
Suci - May
Selamat Tinggal Cinta - Arena
Terlanjur Mencintaimu - Fair
Kemuncak Pengharapan - Final List
Hirisan Pertama Terpahat Selamanya - Final List
Kasih Dirundung Mega - Gravity
Punca - Dayana
Merindu Tanpa Kata - Kapilla
Itulah Caraku - Laksamana
Kita Adalah Sama - Laksamana
Aku Adalah Mentarimu - Laksamana
Luka Di Kemudian - Laksamana
Setelah Mencermin Diri - Laksamana
Dua Jiwa Satu Hati - Legacy
Senyum Seribu Tanda - Legacy
Kekasihku Diambil Orang - Lemon-T
Kerana Janji - Lemon-T
Rimba Bebanan - Medicine
Cinta Berbaur Rindu - Memo Memo
Antara Kita - Paksi
Menyesal - Qiara
Pergi Jauh-Jauh - Swing
Kenangan Di Taman Cinta - Teja
Buktikan Cintamu Padaku - Versi
Warkah Buat Kekasih - Ways
Sesal - UG14
Kasih Terlihat - Amir Ukays
Kencana - Amir Ukays
Hanya Setitik Kasih - Rahmat
Ku Lepaskan Rindu - Rahmat
Rela - Achik Spin
Bara - Awie
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan
Cinta Tak Kenal Siapa - Aris Ariwatan
Lahirmu Untuk Dia - Aris Ariwatan
Hajat - Haida
Manis Masa Bercinta - Haida
Rambulan Kesiangan - Razzi Rahman
Setelah Aku Kau Miliki - Shima
Kau Telah Dalam Anganku - Azie
Pelamin Anganku Musnah - Azie
Zahir Tak Terucap - Nash
Ku Tak Akan Bersuara - Nike Ardilla
Duri Terlindung - Nike Ardilla
Sembilu - Ella
Pasrah - Erra Fazira
Terpaksa Melangkah - Erra Fazira
Bukan Aku Tak Sanggup - Nurul
Rahmat Di Sebalik Duka - Ramlah Ram
Curang - Ramlah Ram
Gambaran Cinta - Inka Christie
Ditakdi,rkan Ku Terbaring - Inka Christie
Ditakdir Kita Bersama - Mac Ruhayu
Kesamaran - Zulkif
Kisah Yang Sudah - Zulkif
Kesan - Zur Eda

Ahad, 26 November 2017

TEH TARIK DAN NASI LEMAK MENU PILIHAN WARGA MALAYSIA

Selamat pagi.  hari ni aku tak nak bincang pasal filem,  lagu atau apa apa pasal hiburan.  sebab apa. nak tau..  sebabnya perut aku dah lapar. Lapar tahap gaban dah ni,  Tak tahu nak makan apa..  pusing punya pusing last last lepak mamak juga.  dan mcm biasa la.. pekena teh tarik dan masi lemak.


Orang malaysia memang tak lepas dari menu ni terutama masa sarapan. Kebanyakan itu la menu pilihan tak kiralah orang kampung ke., warga bandar ke.  kalau dah perut orang orang malaysia sememangnya pernah makan nasi lemak.  kalau tak makan rugi besar tinggal dimalaysia..  apa istimewanya nasi lemak ye..  aku sendiri phn tak tahu.  so renung2 kan lah nasi lemak ni

Ahad, 12 November 2017

TV panasonic AKA tv kotak

Sape pernah memiliki tv sebegini.. tv kotak.. dulu masa sekolah ni lah yang digunakan. mana ada tv LED mcm sekarang. Dengan tv inilah aku berhibur. tengok cerita perang, cintan cintun, gelak ketawa dan macam macam lah. takder tv ni sunyi sepi la malam ku.. dulu rancangan tv pun menarik.. jam 8.30 dah lepak depan tv. dulu berita nasional setengah jam je.  satu lagi dunia jam 10. time tu la paling tak syok bila ada rancangan tv bersambung selepas dunia jam 10. lama rasanya nak menunggu.kekadang tertido di depan tv. mak ayah lah yg selalu angkat masuk bilik.. adoi nostalgia betul. i love suasana 80an dan 90an dulu.. no astro no hal.. terhibur gak drama dan filem tv percuma masa tu... kekadang teringat sampai sekarang. teringin nk tengok lagi tapi apakan daya.. tak semua khazanah seni itu diulang siar. kebanyakkannya terkubur sepi.. mungkin dah tersimpan rapi di dalam arkib negara atau pun hilang entah kemana..

peti televisyen 14 inci yang masih elok tersimpan

Selasa, 7 November 2017

DRAMA CIKGU LIMAU KASTURI- MASIHKAH ANDA INGAT

Drama Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim, lakonan hebat Harun Salim Bachik, yang ditakdirkan untuk mengajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman Kelantan, iaitu di Kampung Limau Kasturi. 
Harun Salim Bachik sebagai cikgu Halim

Kawasan penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta hanya dapat dihubungkan dengan satu stesen kereta api yang sudah usang. Pada mulanya, Cikgu Halim amat susah hati dan keberatan untuk pergi mengajar di sekolah tersebut, namun setelah ibunya memberi dorongan dan semangat, beliau akur dengan takdir yang dihadapinya itu. 


Ketika di kampung tersebut, beliau telah banyak dibantu oleh Pak Hassan, salah seorang penduduk di kampung tersebut. Cikgu Halim cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung tersebut walaupun suasananya jauh berbeza dengan bandar. Di kampung, beliau telah mempelajari dan melihat nilai-nilai kemasyarakatan yang tidak dapat dirasai ketika di bandar.  
Pada hari pertama mengajar, terdapat seorang murid bertindak nakal dengan membaling gumpalan kertas pada Cikgu Halim.Tetapi, beliau tidak memarahi murid nakal tersebut, sebaliknya beliau memberi nasihat sehingga menyebabkan budak tersebut menyesal dengan tindakannya. Pada suatu hari ketika Cikgu Halim sedang mengajar di dalam kelas, beliau perasaan akan kehadiran seorang budak perempuan yang sembunyi-sembunyi cuba menjawab pertanyaan Cikgu Halim terhadap murid-murid di dalam kelas. Budak itu bernama Rohani dan merupakan anak kepada Lebai Lazin. Budak itu mempunyai keinginan yang mendalam untuk bersekolah, namun tidak dibenarkan oleh bapanya yang berfahaman kolot mengenai pendidikan. 
Lebai Lazin telah pergi berjumpa dan memarahi Cikgu Halim kerana mempengaruhi Rohani untuk belajar. Tetapi, Lebai Lazin mula sedar akan kepentingan pendidikan pada Rohani, dan dia meminta Cikgu Halim untuk memasukkan Rohani kesekolah. Sepanjang Cikgu Halim mengajar di sekolah tersebut, telah banyak berlaku perubahan terhadap sikap murid-murid disitu dan murid-murid juga semakin rapat dan meminati beliau.  

   salah satu babak dalam drama cikgu limau kasturi 
lakonan Allahyarham Harun Salim Bachik

Ketika, beliau semakin dapat menyesuaikan diri di kampung itu, beliau telah menerima surat daripada kementerian mengenai permohonannya untuk bertukar
Disini bermulalah drama hiba dan sedih apabila jiwa penonton dijentik. Perasaan hiba dan sayu ditonjolkan dalam drama ini yang membuatkan hati gundah gulana pada penonton.
Apa pun saksikan kehebatan drama ini di channel pencinta khazanah seni klik di bawah untuk tonton

 cikgu limau kasturi



Jumaat, 3 November 2017

FILEM SYAHADAT 1992 - DIBINTANGI SHUKREY HASHIM

Filem Syahadat yang diterbit tahun 1992 lakonan Erma Fatima, Eman Manan, Yusof Wahab,Syukrey Hashim (Allahyarham), Hamidah wahad dan ramai lagi, Filem ni nak kata seram tak juga, Nak kata pendekar tak juga.. apa pun menariknya filem ini ia berkisarkan kehidupan orang melayu zaman dahulu kota yang jauh dari pembangunan kota.


Dah tengok ke? jom tonton sama-sama. best juga filem ni. rugi tak tengok. kat tv dah tak der dah filem ni.. rugi kan. cari kat youtube pencinta khazanah seni

salah satu babak dalam filem syahadat, dimana pakcik syahadat lakonan syukri hashim yang mendedahkan siapa dirinya sebenar disebalik wajah hodoh dan sejurus itu rebah disisi jemaah surau menghembuskan nafasnya yang terakhir

FILEM MELAYU ERA 70AN DAN 80AN YANG PERNAH DITERBITKAN DI MALAYSIA

 pencinta khazanah seni


Berikut adalah beberapa koleksi filem melayu yang dulu pernah diterbitkan di Malaysia. Filem-filem tersebut mungkin anda pernah tonton dahulu, mungkin juga masih menonton sehingga kini. atau mungkin hari ini anda baru mengetahui tentang kewujudan filem tersebut. Dalam banyak-banayak filem. filem apa yang anda suka?

Masihkah anda ingat filem-filem tersebut.. Sesiapa zaman kanak-kanaknya tahun 80an dan awal 90an mesti pernah tengok.. Mesti ada kenangan kan...

Berikut senarai filem-filem tempatan dari tahun 90an. JOM BACA

1977
Menanti Hari Esok
Pendekar

1978
Dendam Perawan
Gila-Gila
Panglima Badul
Sumpah Semerah Padi

1979
Ceritaku Ceritamu
Kisah Seorang Biduan
Mat Tenggek
Pasung Puaka
Penagih Dadah
Prebet Lapok
Si Badul
Si Bogo
Surat Dari Desa
Tiada Esok Bagimu
Tuan Badul

1980
Adik Manja
Anak Tunggal
Bintang Pujaan
Dendang Perantau
Detik 12 Malam
Dia Ibuku
DiKejar Pelangi
Dua Belas Dayung Petani
Esok Masih Ada
Hantu Ini Ganjil
Ke Mana Hati 'Kan Ku Bawa
Kilat Senja
Penyamun Tarbus
Si Luncai
Sumber Ilhamku
Tuan Besar

1981
Abang
Anita Dunia Ajaib
Bukit Kepong
Da Di Du
Jejak Bertapak
Langit Tidak Selalu Cerah
Mama Oh Mama
Mangsa
Perjanjian Syaitan
Potret Maria
Ribut Barat
Serampang Tiga
Sesejuk Airmata Ibu
Setinggan
Toyol

1982
Anak Sulung Tujuh Keturunan
Bila Hati Telah Retak
Dendam Dari Pusara
Esok Untuk Siapa?
Gelombang
Kabus Tengahari
Kami
Langit Petang
Pemburu
Penentuan
Ribut Di Hujung Senja
Senja Merah
Sikit Punya Gila

1983
Aku Yang Berhormat
Bertunang
Cikgu Sayang
Darah Satria
Di Ambang Kasih
Manis-Manis Sayang
Mat Salleh Pahlawan Sabah
Mekanik
Pertentangan
Ranjau Sepanjang Jalan

1984
Azura
Cempaka Biru
Gila-Gila Remaja
Ilmu Saka
Jasmin
Jauh Di Sudut Hati
Ke Medan Jaya
Komplot
Matinya Seorang Patriot
May 13
Melati Putih
Minah Manja
Talak
Tujuh Biang Keladi

1985
Ali Setan
Anak Niat
Bujang Selamat
Kumpulan O
Roda-Roda

1986
Ali Setan 2
Aniaya Jenayah
Balik Kampung
Bas Konduktor
Bujang Lapok Kembali Daa
Hantu Siang
Jasmin II
Kembara... Seniman Jalanan
Mr. Os
Pagar-Pagar Cinta
Seman
Si Jantung Hati
Suara Kekasih
Tsu Feh Sofiah

1987
Bayangan Cinta
Gila-Gila Si Pikoy
Jejaka Perasan
Keluarga 99
Kepala Angin
Marah-Marah Sayang
Mawar Merah
Misteri Rumah Tua
Pernikahan Berdarah
Puteri
Rahsia
Rozana Cinta '87
Sayang
Wira Angkasa

1988
Anak Sarawak
Antara Dua Hati
Dendang Remaja
Guru Badul
Irisan-Irisan Hati
Jodoh Boleh DiAtur
Kembar Siam
Keys To Freedom
Perawan Malam
Perempuan
Tempo '88
Ujang
Yassin

1989
Awang Spanar
Bayi Tabung
Bejalai
Cinta Berdarah
Hero
Igau-Igau
Kolej 56
Oh Fatimah
Pak Tam Duda

Rabu, 1 November 2017

BERBALOIKAH BERBELANJA DI MR D.I.Y

pernahkah anda melangkah masuk ke kedai hardware MR. D.I.Y. Bagaimana dengan harga yang ditawarkan murah ke atau tersangat lah murah. bagaimana pula dengan kualiti barang disitu???


Jumaat, 27 Oktober 2017

LUNCH HARI NI BERSAMA KFC

hai... apa khabar semua, ni penat saya jalan jalan pusing sekitar kajang dan bangi sampai area putrajaya.. semata mata nak ambik koleksi vcd.. penat pusing makan jem akhirkan aku ambil keputusan makan kfc sebab dah tak tahu nak makan apa. tak per yang penting ada cd baru aku bawa balik..nantikan di channel saya ye.

Rabu, 25 Oktober 2017

MAXIS HOTLINK FAST LEBIH BANYAK PILIHAN DATA


woowwww..siapa kat sini pakai maxis hotlink fast prepaid. aku sebenarnya tak pakai sangat tapi ada la. sekarang ni pakai digi untuk line pertama, line kedua baru hotlink ni tu pun kekadang aktif. sekarang tengok kat aplikasi ada macam macam pakej hotlink ni.menarik juga ni. bagi yang kaki internet macam aku.. bayar apa yang kita perlukan saja, mengikut kesesuaian masa kita. time free boleh beli dan layari internet sepuas puasnya.. download la sampai abis koata.. line maxis disekitar bandaraya ni juga boleh la tahan. selalunya aku pakai digi tapi sekarang ni macam problem je.. selalu sangat slow..



sebab tu aku cuba maxis ni.. menang fast la setakat ari ni. digi dulu pun.laju.. sekarang ni je macam slow skit.. 4G tapi speed mcm siput... hotlink terbaru ni selain dapat 1000 minit percuma untuk lima orang kawan ada juga pakej unlimited call RM 60 sebulan.. best la untuk kaki bergayut..kalau lah zaman aku dulu ada macam ni kan best...bergajut je dengan buat hati tersayang sampai lebam... kan..apa apa pun tepuk dada tanya selera. jadilah pengguna yang bijak. jangan.mudah tertipu

Rabu, 18 Oktober 2017

SELAMAT HARI DEEPAVALI DAN SELAMAT BERCUTI

Hai semua!!!

Admin nak ucapkan selamat menyambut deepavali kepada kaum india seluruh dunia yang menyambut perayaan ini. dan selamat bercuti pada semua rakan-akan di malaysia yang bercuti hari ini. luangkan masa bersama keluarga mu.

Admin hari ni satu hari berkurung dalam bilik membelek komputer dan menyimpan tape tape vhs yang berselerakan. sempat juga ambil beberapa keping vhs rakaman HMI yang admin rakam dulu. nak convert ke dlm pc dan seterusnya berkongsi dengan teman-teman semua. kali ni admin sempat convert vhs HMI sempena hari kemerdekaan bertemakan ANAK MALAYSIA dan satu movie lakonan AR Badul. OH Fatimah
nantikan di  pencinta khazanah seni channel

    

Selasa, 17 Oktober 2017

APA KATA ANDA TENTANG FILEM TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA


Siapa dah tonton filem ni?

Aku baru lepas tonton filem ni. setelah sekian lama aku tak tengok filem melayu di pawagam, kali ini tergerak untuk menonton filem ni yang dikata setaraf filem hollywood. Sebelum pergi aku dah servey harga terlebih dahulu. Dari satu ke satu website aku layari tgk kesesuaian masa aku dan harga dan.... aku memilih MBO CINEMA kat setapak sentral RM10 sahaja. berbaloi baloi.. zaman sekarang ni kita kena jadi pengguna yang bijak.

So far memang tidak mengecewakan. dari mula sampai akhir memang aku terpegun. Dengan kesan khas dan jalan penceritaan yang menarik, mudah difahami dan yang penting aku rasa berbaloi beli tiket. Ia memang sesuai di tonton di pawagam. bukan aku nak promosi filem ni tapi yelah kan.. di pawagam sound efek dia best sikit dari kat rumah. kalau kat rumah buka sound kuat mau kena maki jiran sebelah..

Logik tak logik itu belakang kira. filem hollywood pun banyak yang tak logik kan.. bollywood lagi la.. tapi yang penting kita happy. Aksi aksi yang ditunjukkan dalam filem ini pun hebat, tidak lembek seperti filem-filem lain. nampak real gitu. sesekali macam aksi lawan filem ongbak gitu.

Tapi aku sikit frust la.. tak dapat juga tengok muka disebalik topeng itu, bagaimanakah rupanya sehinggakan dirahsiakan sangat. sampai boleh terkejut sesiapa yang melihatnya.. aku teringin nak tengok. tapi itu lah rahsia akan tetap rahsia. 

apapun memang best la.. rugi tak tengok. jarang filem -filem begini dibuat melainkan filem cinta, korporat dan muka lawa-lawa yang menyebabkan lemau aku nak menonton. mengabiskan duit je kan.. apa pun nasihat aku tepuk dada tanya minat.

bye bye ye

Sabtu, 14 Oktober 2017

Selamat Berhujung Minggu:

SALAM semua, apa khabar? aku harap ko orang semua sihat hendaknya. kalau tak sihat cepat cepat makan ubat. Hari ni malam minggu. YAHOO bestnya kan.. sebab apa ??.. sebab tak perlu pegi kerja la.. hahahaha.. dok rumah layan anak-anak, layan bini pastu layan ONLINE la apa lagi. banyak juga aku upload video kat channel youtube hari ni.. maklumlah line internet tengah laju. semangat juga la buat kerja. meng RIP VCD yang berkurun terkurun sepi dalam almari tu. Sampaikan anak panggil pun aku buat tak peduli je.. tak per mak dia ada.. hahahaaha baguskan ada wife yang memahami minat laki dia. terima kasih my wife i love you so much forever and ever..  

Jumaat, 13 Oktober 2017

Menyimpan Media Penyimpanan Data Agar tidak Rosak

Dalam dunia internet sekarang ini, semua nak digitalkan, bukan setakat kertas surat menyurat, dokumen-dokumen penting malah CD/VCD?DVD pun dah susah nak jumpa sebab orang sekarang tengok online. Kalau dulu pegi mana mana pasaraya mesti ada jual cd kan! sekarang ni jarang-jarang ada.

Dah banyak kedai tutup disebabkan semua dah digital orang dah beli online dan orang dah tak berminat lagi dengan benda fizikal. Sedih tu memang sedih, dulu zaman aku sekolah dulu beli kaset atau cd dengar lagu sambil belek-belek kulit album, cium-cium bau sampaikan orang tua pun dah tak boleh nk buat apa. marah pun macam tu juga. Tapi lebih elok lagi dari aku dok melepak hisap rokok dengan budak budak kampung yang lain

Selasa, 10 Oktober 2017

PERKENALKAN LOGO BARU



Dalam usaha admin menjenamakan  mengaktifkan semula blog ini, admin ciptakan satu logo istimewa untuk memeriahkan lagi blog dan channel admin

WANN .. Darah Muda, Apa Guna berjanji & Bassanova

video dari penyanyi yang amat admin minati. WANN apa guna berjanji, darah muda dan bassanova, video dari rancangan kilauan emas. maaf kualiti kurang memuaskan

Khamis, 5 Oktober 2017

PERAKAM RADIO KASET



Perakam Radio kaset

Perakam Audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat di pasaran satu ketika dulu. Walaubagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudah mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman atau rekod ialah dengan melihat kehadiran butang rakaman @ rekod ( biasanya butang ini berwarna merah ). Biasanya alat ini mempunyai mikrofon yang terbina di dalamnya dan dirakam ke dalam pita rakaman. Pita ini berupaya merakam dalam tempoh masa tertentu seperti:

ANALOG ATAU DIGITAL: APA YANG ANDA TAHU


pemain kaset yang digunakan secara meluas satu ketika dulu. 
Ianya menghasilkan bunyi analog dari pita kaset


Bunyi Analog dan Digital

Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang. Getaran yang terhasil di udara atau objek lain membentuk satu gelombang yang menggetarkan gegendang telinga kita dan didengar sebagai satu kesan bunyi. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal.

Selasa, 3 Oktober 2017

FILEM PERTAMA TENGOK DI PAWAGAM

panggung wayang gambar LIDO kota bharu.. tinggal kenangan

Masih ingat tak bila kali pertama  menonton wayang, pengalaman yang tak boleh dilupakan bagi admin, teringat masa dulu dulu bersama kawan kawan sekampung, seminggu perancangan nak ke bandar semata mata nak tgk wayang, dari kampung admin naik bas dalam sejam. tambang tak sampai seringgit pun . Masa tu baru berumur 14 tahun kalau tak silap.. pakai baju punya la stail, bergaya nak ke bandar la katakan.. sampai je ke bandar kota baru terus je berjalan kaki ke panggung wayang lido. masa tu ada dua panggung satu lido dan satu lagi odeon kat bazar buluh kubu. pertama kali admin tengok filem sofea jane perempuan, isteri dan .....

Sabtu, 16 September 2017

PIRING HITAM / LP/ EP/ VINLY




Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofonrekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Khamis, 14 September 2017

Pusat tahfiz terbakar, lebih 20 terkorban


Admin nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Sama-samalah kita sedekahkan alfatihah semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL FATIHAH

Selasa, 12 September 2017

JOM KENALI PITA KASET

Pernahkah anda mendengar lagu melalui pita kaset; tahukan bagaimana ia berfungi. Jom kita berkenalan dulu.

PERAKAM DAN PITA VHS: JOM KENALI



Siapa lahir era 80an dan 90an... mesti pernah guna benda ni kan, pernah guna atau sekurang-kurangnya pernah lihatkan. Siapa masih simpan benda ni.. kita GENG, admin masih simpan 2 perakam VHS dan ada berpuluh keping tape VHS. ada yang masih elok dan ada yang sekadar perhiasan sahaja.

Ahad, 10 September 2017

KERJA KERJA PENDIGITALAN

Selamat pagi kepada semua, terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Semalam tido lambat sikit, sbb nak selesaikan saki baki dvd yang belum si digitalkan. dalam erti kata lain belum rip la. satu cd mengambilmasa 20 minit untuk saiz kecil 340 x 250 sesuai utk upload ke youtube dan ditonton melalui smartphone.

Sabtu, 9 September 2017

FILEM PALING LUCU PERNAH DITONTON


filem tempatan apakah yang paling lucu anda tonton, tonton sampai terbahak bahak, malah ada yang sampai terkentuk pun tak sedar.. sebenarnya banyak filem laqak yang dikeluar terutama era 60an zaman p ramlee dulu.. tak boleh dinafikan lagi, segala filemnya bersahaja kelakar dan yang penting ada mesej bukannya sampah, Admin paling suka filem pendekar bujang lapok.

KENALI JENIS MOVIE DI ALAM MAYA

Admin nk share sikit dgn anda semua. Tahukah anda semua dizaman serba canggih ni , zaman internet la katakan movie atau filem tidak lagi hanya ditontong melalui tv atau dengan kata mudah pasang vcd, dvd atau sebagainya. sekarang ni kita tak perlu simpan segala tu dlm bentuk fizikal.. kita dah boleh terus save dalam komputer, memori kad, handpohone atau macam macam lagi. tapi tahukah anda apakah jenis-jenis atau bentuk bentuk fail movie yang bersepah dlm internet sekarang... JOM baca ni:-
⬛️JENIS-JENIS KUALITI MOVIE◼️
BLURAY HD:(BDRip,BRRip,Xvid,BDR,BD5/BD9)
Resolusi jauh lebih besar iaitu 1920×1080 atau 1280×720.Kualiti ini jauh lebih baik.
Adalah Kualiti video terbaik setakat ini,sumber adalh dr Bluray disc.
BD rip terdpt dlm keluaran DVD-Rip berukuran(biasanya 700mb atau 1.4gb).
WEB-DL

Jumaat, 25 Ogos 2017

PESAN ADMIN

Anda boleh lihat apa yang ada diblog admin. anda boleh copy dan paste di mana mana media sosial whataps dan lain lain. jangan ditanya pasal lagu-lagu dlm blog ni.. itu dari blog lama admin.

Selasa, 22 Ogos 2017

FILEM MALAYSIA PALING SERAM PERNAH ANDA TONTON


Admin nak tanya.. apakah filem temparan yang paling seram ko orang pernah tengok? sampai tak boleh tido, mengigau ngigau. sampai nk ke bilik air pun takut terasa macam diperhatikan.. kalau admin masa kecil dulu pastinya filem perjanjian syaitan lakonan arwah azean irdawaty..
memang tak boleh tido malam terutama watak tok ketua yang mata sebelah tu..menyeramkan.. mengiang giang ditelinfan bila dia panggil bini dia...pah...pahh... eeeeee takut....zaman mienium ni admin rasa filem jangan pandang belakang..masa tu admin tgk kat pawagam.. dgn saound sistemnya... wwooooo mmg seram dan terperanjat gila... terutama time mak mah panggil suh masuh rumah dan time heronya angkat mak mah masuk bilik..rupanya benda lain yang dia angkat...eee takutnya... tp itu pada pendapat admin.. ko org mesti ada filem seram sendiri kan...

Selasa, 8 Ogos 2017

FILEM SIAPA DIA?



Filem Lakonan Faizal Hussein, nina juren, sidi oraza, norlia ghani (joyah) dan lain-lain. penuh gelak ketawa. Admin memnag berkali-kali tengok filem ni.. Nak tengok jom... 

JANGAN LUPA SUBCRIBE CHANNEL PENCINTA KHAZANAH SENI DI YOUTUBE

Ahad, 6 Ogos 2017

FILEM PASUNG PUAKA


FILEM PASUNG PUAKA... Aksi silat 80an

Filem penuh aksi silat dan kepercayaan masyarakat melayu dahulu kepada pasung yang dianggap puaka. Pada hal itu semua adalah strategi pihak jahat untuk menuduh seseorang . Tanpa usul periksa orang yang tidak besalah dihukum pasung sampai mati.. saksikan kesudahan filem ini hanya di channel pencinta khazanah seni

klik untuk tonton



DEBU DEBU KASIH


Filem lakonan Aida Aris dan Sham Visa. Admin suka sangat movie  ni..  dua kali admin tgk filem ni  kat pawagam masa movie ni keluar dulu.. admin minat sgt filem ni.. selain lakosi diterengganu lagu-lagu sham visa memang best..apapun hujan juga admin masa last filem ni.. syahdu beb..
jom layan
klik sini


Selasa, 1 Ogos 2017

REVIEW Album Wann Kau Bagai Cermin


Album Wann Kau Bagai Cermin merupakan album berkonsepkan rock bertemakan ketuhanan dan alam sekitar. admin suka album ni terutama sekali lagu MUTIARA KASIH dan MENCARI RAHMATMU.. Meneran suara Wann ada Class. Cuba You All dengar lagu tu.. best

Jumaat, 28 Julai 2017

REVIEW FILEM JAKET BIRU

Tajuk : Jaket Biru
Lakonan: Ebby Saiful, Raja Noor Baizura, Isma Alif, Rashidah Jaafar
    Penampilan Istimewa buat pertama dan terakhir kali : WANN

saksikan
CD 1
CD 2

Filem Perjanjian Syaitan



Admin nak kongsi info dengan ko orang semua. Sebuah filem seram zaman 80an. admin tengok filem ni masa kecil-kecil dulu.. lepas tengok takut nak ke bilik air.. seram betul.. mungkin masa itu kita budak-budak lagi.. sekarang ni bila tengok tak rasa apa-apa dah kan.. hehehee.. apa pun filem ni sudah tidak ditayangkan lagi oleh mana-mana stesen TV. Setelah sekian lama admin convert dari VHS utk dikongsi bersama agar khazanah ini tidak terkubur begitu sahaja..

Filem: Perjanjian Syaitan
Tahun : 1981
Arahan: S Sudarmaji
Pelakon Utama : Azean Irdawati

Sinopsis:-

Isnin, 24 Julai 2017

SALAM SEMUA

YO ! YO! ADMIN kembali.. setelah lama menyepi.. sekarang admin akan kembali aktif bersama anda semua. kita share segala apa yang kita minat dan kumpul selama ini. ADMIN mestilah share info2 menarik pasal album-album retro yang pernah kita ada dulu dan sampai sekarang masih tesimpan. biasalah adminkan kaki kumpul barang-barang antik terutama media penyimpanan seperti kaset, CD, DVD, LD, VCD dan piring hitam. Ko orang tahu ke apa benda semua tu.. budak budak sekarang tahu digital saja kan.. melalui hpone dan laptop.. ADMIN pun ada juga tapi lebih best jika ada benda-benda fizikal mcm dulu.. syok dengar lagi sambil belek2 inlay baca lirik lagu kan. sape sezaman admin pasti tau benda dan pasti alaminya dulu kan.. apa pun yang kita lakukan hanyalah sekadar hobi dan menyelmatkan khazanah yang telah terkubur.

terima kasih






CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...