Sabtu, 11 Mei 2019

Kisah Hati

Dah lama admin tak muncul di blog sendiri. Bukan merajuk tapi kesuntukan masa. Maaf kepada anda yang email kat min. Min tak boleh tunaikan permintaan anda. kerana apa yang ada disini adalah simpanan peribadi min sahaja.

Bukan itu yang min nak cerita tapi kisah hati:-

Jam di dinding hampir 2 pagi. Namun mata tak mampu terpejam lena. dah la esok ada tugas yang perlu diselesaikan ditengah tengah bandar yang sah-sah berpanas. cubaan di bulan puasa..  

namun.....

Entah kenapa mata ini sikit pun tak mahu tertutup, jiwa resah gelisah, gundah gulana.. betul kata orang hati punca segalanya. Bila hati tidak tenteram.. rosaklah seluruh anggota badan. 

Puas min pujuk hati, tapi hati ini tetap degil dia masih meronta dan meraung.. Jika itu kata hati sampai bila mata tak kan pejam.

Susah bila melibatkan hati,  kita kena selalu berhati-hati dalam segala hal...  Tingkah laku tutur bicara kena sentiasa berjaga-jaga agar hati tidak terluka.

hati terluka bila dimarahi , juga bila dikecewakan, namun lebih parah dilupakan dan lebih berdarah jika ditinggalkan orang yang kita paling sayang.

tapi bukan itu yang min hadapi.... 

hati min terluka kerana terkenangkan nasib badan... apalah nasib min.. min tak salah kan sesiapa tapi min salahkan diri min sendiri. Min sedar min bukannya malaikat yang tidak pernah melakukan kesalahan tapi siapa kita untuk menghukum. Min juga punya hati dan perasaan kasih dan sayang, kekadang kita juga perlukan perhatian dari mereka yang kita sayang. 

Hati sendiri kita dapat tahu.. kita dapat rasa.. bagaimana pula dengan hati orang.. Pernahkah kita menyelami hati mereka.. pernahkah kita bertanyakan padanya apa yang membuatkan hatinya berubah. sakit hati kah, benci atau dendam. 
Buntu memikirkannya..................

untuk mengubat hati mari la kita berwuduk, bertahjud, baca Al-Quran dan berzikir.. ITULAH MAKANAN HATI

Khamis, 28 Februari 2019

album terbaik sharifah aini the legend

Sedikit info: Antara album terbaik
dari biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini . Sharifah Aini Hamzah Dolmat lelamanja sebuah album yang padat dengan rangkaian lagu lagu klasik tradisional melayu . Sungguh syahdu apabila mendengar suara merdu biduanita terunggul melagukan lagu lagu irama klasik melayu ysng diterbitkan dalam sebuah album. Khazanah yang tak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit ini turut memuatkan lagu lagu seperti ratapan kamaruzzaman, pasir roboh, lela manja , sri tambak ,serampang laut , sri sarawak , dodoi si dodoi,damakku sayang, mega mendung   .      apapun Al fatihah untuk arwah. . swmoga tenang dialam sana

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...