Selasa, 28 Julai 2020

koleksi nostalgia Wann

Wah... sudah selamat mendarat... disimpan untuk kenang kenangan ... terima kasih sahabat... cover meletup... bunyi gempak... remastering....... satu satu album lagu lagu seniman agong p ramlee dan saloma yang malar segar.. di beri nafaz baru oleh wann... album ini mmemang begitu popular suatu ketika.dulu... aku dulu hanya mampu beli kaset cetak rompak saja.. di situ pah aku mengenali lagu lagu wann... wan mempunyai tone suara yang bagus dan tersangat lah unik...  album ini kalu tak silap terjual melebihi 300ribu unit ketika.itu dianggap paling berjaya ketika itu...jom.nak layan

..bye

Khamis, 16 Julai 2020

kumpulan screen .. jom layan

Screen satu band muzik era 90an.. siapa peminat muzik era tu mesti kenal kumpulan ni..lagu lagu rock leleh membuai perasaan dengan keunikan suara vokalis nya Gmie membuatkan album ini meletup suatu ketika dulu 

3 album ini yang aku minati.. ada kenangan disebalik 3 kaset ni.. Indahnya suatu ketika dulu.. dimana usia masih muda..tenaga masih kuat... Bila cinta didusta, orang yang ku sayang sayang, kita ditakdirkan berpisah adalah killer song yg selalu berkumandang di corong corong radio suatu ketika dulu..

jom dengar album ni

Ahad, 17 Mei 2020

MENDARAT DI OPIS- BEST LAYAN

seperti biasa time PKP ni pergerakan terbatas so semalam time aku kena kerja.. masuk2 opis je tgk ada brg pos laju aku dah landing atas keyboard,..
Bila di buka WOW.. barang rare....
TQ seller yg pos tambah lagi koleksi yg aku ada

sebelum tugas mula apa lagi buka laci cari walkman aku yg mmg selalu ada dalam laci meja pejabat aku... kikikiki wpun ada yg kutuk aku ketinggalan zaman tapi aku apa peduli.. lagu secara digital boleh dengar tapi aku bukan sekadar dengar lagu tapi aku suka tgk dia berputar

berputar la ia mengikut rentak irama lagu

TAHUN 2020 TERPENJARA DIRUMAH AKIBAT COVID19

Tidak seperti kebiasaan Ramadhan kali ini disambut dengan penuh sederhana. Solat Fardhu, Solat Jumaat malah solat terawih hanya perlu lakukan sendiri bersama keluarga tercinta. Walau pun aku bukan hafaz Al Quran bukan Ustaz tapi Alhamdulillah aku boleh juga bimbang anak isteriku untuk solat berjemaah walaupun berbekalkan surah pendek. 

Oleh kerana kerajaan istiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 mac 2020 maka semua urusan kerja adalah dari rumah sehingga kini. walau pun  ianya telah dilonggarkan pada 4 mei lalu namun kerja kat opis hanya apabila perlu sahaja.

Oleh sebab itu selain melayan anak-anak sempatlah aku melayan hobi aku ianya godek-godek kaset, CD dan piring hitam yg bersarang tu... 

Bermula dengan servis radio yg dibeli lama dulu... tukar belt dia tak payah pun dan cuci sikit2 dalam tu agak dapat berfungsi dengan sempurna

jeng--jeng... tukar belt

senang saja.. tapi kena hati-hati sebab alat elektronik yg sensitif dan susah nak cari sparepart kalu rosak.. aku nasib baik lah belt sama ada tersimpan dalam store khazanah.

Maka bila dah siap semuanya... bermula episod putar kaser-kaset aku yang bersarang tu... terkenang zaman sekolah dulu -dulu.. Aduh sedih pulak dah la raya tak leh balik 

tuu diooo album wajid diputar

Sebenarnya aku baru perasaan belt dia rosak.. patut la selama ini aku cuba mainkan kasih asyik tendang je... ni baru perasaan... sebelum ni busy tak de masa nak belek-belek tenung- tenungkan. 

Hifi Brand Samsung dibeli lebih 10 tahun dulu

Hifi ni aku beli masa bujang-bujang dulu.. masa ni peralihan dari kaset/CD ke Mp3.. so radio ni semua ada kaset/CD/ VCD/ DVD dan USB cucuk pendrive.. kira rare la.. susah nak dapat ni..

lama dah aku tak pasang CD sbb tak leh read.. mulanya sebab aku buka dan cuci lens dia dengan kapas.. sejak ari tu menangis lah aku... hanya dok layan MP3 je... tapi sejak PKP ni aku godek punya godek.. aku guna gel pembersih beli kat MR DIY Rm 2 hinggit lebih... cuci2 sikit kat lens dia tu.. Alhamdulilah berfungsi dengan sempurna malah lebih baik bunyi dia dari sbelum ni.. KEBABOMNMMMM

Seronok tak terkira..... So Jom Layan skit lagu scorr... kikikiki



Isnin, 30 Mac 2020

Konsert Senario ReUnion Konsert Tanpa Penonton

Baru-baru ni RTM mengadakan konsert ReUnion Kumpulan Pelawak Popular 90an SENARIO. Sape terlepas peluang boleh search kat youtube .. 

Kita harus berterima kasih kepada RTM atas usaha mereka mengembalikan artis-artis lama ni atas pentas, Terubat juga rindu kitakan. Teringat kenangan-kenangan lama semasa lagu-lagiu itu popular suatu ketika dulu, mungkin pada masa itu kita masih kanak-kanak atau diperingkat remaja atau kita masih ada orang yang tersayang.. Kini semuanya kenangan bagi kita. 

Begitu pantas masa berlalu kan.....



Tapi sayang masa konsert ni bersiaran tiada penonton dibenarkan berada dalam auditorium kerana menyahut seruan kerajaan untuk perintah kawalan pergerakan kerana wabak covid 19. Apa pun terbaik lah RTM..... 

Kalau ada Lan pet pet dan Azlee ada lagi havoc jadinya...

Apa pun kami terhibur

hanya kerusi kosong tanpa penonton

AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Bosan duduk dirumah. tak tahu nak buat apa.... jom kita streaming video Iflix diberi percuma buat masa ini.. Just buka saja web atau install di Aps Store/Play Store.... 

Yang penting Free tak perlu bayar... Tonton sampai lebam.. Filem-filem kegemaran anda. Tapi kena ada internet laju sikit la mcam unifi atau maxis fibre baru la kurang sangkut-sangkut tu...


Apa yang bestnya boleh pilih apa saja genre yang kita nak tengok.. senang dan mudah kan.. 

Jom layan.....

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...