Khamis, 28 Februari 2019

album terbaik sharifah aini the legend

Sedikit info: Antara album terbaik
dari biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini . Sharifah Aini Hamzah Dolmat lelamanja sebuah album yang padat dengan rangkaian lagu lagu klasik tradisional melayu . Sungguh syahdu apabila mendengar suara merdu biduanita terunggul melagukan lagu lagu irama klasik melayu ysng diterbitkan dalam sebuah album. Khazanah yang tak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit ini turut memuatkan lagu lagu seperti ratapan kamaruzzaman, pasir roboh, lela manja , sri tambak ,serampang laut , sri sarawak , dodoi si dodoi,damakku sayang, mega mendung   .      apapun Al fatihah untuk arwah. . swmoga tenang dialam sana

Jumaat, 7 Disember 2018

poster -poster filem p ramlee



P Ramlee satu nama besar dalam industri perfileman malaysia. Filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham malar segar sehingga kini dan mungkin untuk selamanya. Generasi akan datang juga akan turut dapat menonton filem-filem beliau.

Rabu, 13 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena Aidilfitri ini, admin menyusun 10 jari mohon maaf dari anda semua seandainya ada tersilap dan terguris hati samada sengaja atau tidak selama mana admin mengendalikan blog ini. 

salam kemaafan admin pinta
semoga memperolehi keberkatan oleh NYA

Amin....

Salam sayang you all

Ahad, 3 Jun 2018

BAGAIMANA PERSIAPAN RAYA TAHUN NI

Tahun ni persiapan raya ala kadar je. Tak beli yang mahal.-mahal. semua nak jimat. Ingat nak pegi cari kat jalan TAR minggu depan. ada sape- sape dah pegi ke? banyak yang menarik tak? dan yang penting harga mampu beli ke? tepuk dada tanya poket anda masing2.  

Hari ni aku jalan-jalan kat Sunway Vellocity Megamall kat jalan peel cheras. Walaupun jarak dari rumah nak ke sana tak sampai 1 km pun tapi inilah kali pertama aku jejak kan kaki kat situ setelah mall itu beroperasi sepenuhnya.  Selalunya aku lebih suka shopping kat Jusco Aeon je.  Bersebelahan Vellocity tu. senang parking, parking free, jalan pun tak penat sangat sebab mall nya tak sebesar sunway vellocity.  Nak pegi try la skali ke Sunway Vellocity tu mmg meriah.   tapi pastikan tenaga mencukupi.

Masa jalan-jalan tadi sempat tengok tarian tradisi orang melayu sempena raya.. Apa yang seronoknya tarian itu bukan saja ditonton oleh orang melayu malahan bangsa lain juga turut sama-sama terpegun. TAHNIAH MALAYSIA KU



Ahad, 20 Mei 2018

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ikhlas dari admin. Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog admin. Semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT


Terima kasih

Ahad, 29 April 2018

Siapa tak kenal Ziana Zain kan!!!

Artis kesayangan ramai, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan nama Ziana Zain dilahirkan 2 Mei 1968 adalah salah satu artis lagend di Malaysia

Isnin, 2 April 2018

CARA TONTON MOVIE 3D DI LAPTOP ATAU KOMPUTER

Pernahkah anda menonton filem 3D.
Menonton filem 3D adalah satu keseronokan. seolah-olah kita didalamnya. melalui cermin mata 3D merah biru anda sudah boleh menonton movie 3D melalui laptop atau PC anda. menakjubkan bukan. Tidak perlu berbelanja yang mahal mahal untuk menikmati movie 3D. anda boleh dapatkan cermin mata 3D dengan harga mampu milik dilaman laman shopping online yang berlambak sekarang. pilih saja mengikut kemampuan.

 Apa saja movie boleh ditonton versi 3D. anda tidak perlu lagi convert atau download file movie ke bentuk 3D kerana terdapat player yang membolehkan anda menonton movie kegemaran anda dengan hanya sekali klik. Terus bertukar ke 3D.
Caranya.. anda perlu download VLC player. 
vlc player boleh didownload secara percuma



kemudian buka file movie yang anda ingin tonton, klik tool di toolbar sebelah atas klik adjusments and effects



klik  video effects dan tekan butang advanced tanda tick pada Anaglyph 3D



movie anda sekarang sudah berada dalam versi 3D. 

Jangan lupa gunakan cermin mata 3D untuk mengalami keseronokan menonton movie 3D

cermin mata blue red 3D juga boleh didapati dikedai online


SELAMAT BERHIBUR

album terbaik sharifah aini the legend

Sedikit info: Antara album terbaik dari biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini . Sharifah Aini Hamzah Dolmat lelamanja sebuah...