Jumaat, 7 Disember 2018

poster -poster filem p ramlee



P Ramlee satu nama besar dalam industri perfileman malaysia. Filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham malar segar sehingga kini dan mungkin untuk selamanya. Generasi akan datang juga akan turut dapat menonton filem-filem beliau.

Namun begitu pernahkah kita melihat poster-poster filem beliau yang dihasilkan suatu ketika dulu... JOM tengok




























Rabu, 13 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena Aidilfitri ini, admin menyusun 10 jari mohon maaf dari anda semua seandainya ada tersilap dan terguris hati samada sengaja atau tidak selama mana admin mengendalikan blog ini. 

salam kemaafan admin pinta
semoga memperolehi keberkatan oleh NYA

Amin....

Salam sayang you all

Ahad, 3 Jun 2018

BAGAIMANA PERSIAPAN RAYA TAHUN NI

Tahun ni persiapan raya ala kadar je. Tak beli yang mahal.-mahal. semua nak jimat. Ingat nak pegi cari kat jalan TAR minggu depan. ada sape- sape dah pegi ke? banyak yang menarik tak? dan yang penting harga mampu beli ke? tepuk dada tanya poket anda masing2.  

Hari ni aku jalan-jalan kat Sunway Vellocity Megamall kat jalan peel cheras. Walaupun jarak dari rumah nak ke sana tak sampai 1 km pun tapi inilah kali pertama aku jejak kan kaki kat situ setelah mall itu beroperasi sepenuhnya.  Selalunya aku lebih suka shopping kat Jusco Aeon je.  Bersebelahan Vellocity tu. senang parking, parking free, jalan pun tak penat sangat sebab mall nya tak sebesar sunway vellocity.  Nak pegi try la skali ke Sunway Vellocity tu mmg meriah.   tapi pastikan tenaga mencukupi.

Masa jalan-jalan tadi sempat tengok tarian tradisi orang melayu sempena raya.. Apa yang seronoknya tarian itu bukan saja ditonton oleh orang melayu malahan bangsa lain juga turut sama-sama terpegun. TAHNIAH MALAYSIA KU



Ahad, 20 Mei 2018

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ikhlas dari admin. Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog admin. Semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT


Terima kasih

Ahad, 29 April 2018

Siapa tak kenal Ziana Zain kan!!!

Artis kesayangan ramai, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan nama Ziana Zain dilahirkan 2 Mei 1968 adalah salah satu artis lagend di Malaysia

Sekarang aktif berlakon telefilem dan kerap diundang sebagai juri profesional untuk pelbagai program realiti televisyen selain menghiburkan peminat di majlis-majlis makan malam korporat.
Ziana yang melibatkan diri secara serius dalam bidang seni sejak 1989 masih lagi aktif berjuang dalam gelanggang seni.

Bagaimanapun isteri kepada Armin Zaharin Ahmad Zambri dan ibu kepada empat orang cahaya mata itu perlu membahagikan waktu antara kerjaya dan rumah tangga secara seimbang.

Pernah suatu ketika dahulu namanya begitu gah dipersada hiburan Malaysia bukan sahaja melaluilagu-lagunya yang hits malah juga melalui filem-filem lakonan beliau yang pecah panggung. Antara filem lakonan beliau adalah Sembilu, sembilu 2, maria mariana 1 & 2, Merah dan banyak lagi

Antara album rakaman yang permah dirakamkan ziana adalah :-

1991 Madah Berhelah -  terjual sebanyak 40,000 unit
1993 Ziana Zain -terjual sebanyak 85,000 unit
1995 Setia Ku Di Sini - terjual sebanyak 180,000 unit
1997 Puncak Kasih- terjual sebanyak 150,000 unit
1999 Ziana Zain - terjual sebanyak 50,000 unit
2001 Aku Cintakan Mu- terjual sebanyak 45,000 unit
2008 Dingin merupakan single

Selain itu terdapat juga album-album kompilasi, rakaman konset,VCD karoake dan juga soundtrack filem.

Antara album-album yang pernah diterbitkan








Isnin, 2 April 2018

CARA TONTON MOVIE 3D DI LAPTOP ATAU KOMPUTER

Pernahkah anda menonton filem 3D.
Menonton filem 3D adalah satu keseronokan. seolah-olah kita didalamnya. melalui cermin mata 3D merah biru anda sudah boleh menonton movie 3D melalui laptop atau PC anda. menakjubkan bukan. Tidak perlu berbelanja yang mahal mahal untuk menikmati movie 3D. anda boleh dapatkan cermin mata 3D dengan harga mampu milik dilaman laman shopping online yang berlambak sekarang. pilih saja mengikut kemampuan.

 Apa saja movie boleh ditonton versi 3D. anda tidak perlu lagi convert atau download file movie ke bentuk 3D kerana terdapat player yang membolehkan anda menonton movie kegemaran anda dengan hanya sekali klik. Terus bertukar ke 3D.
Caranya.. anda perlu download VLC player. 
vlc player boleh didownload secara percuma



kemudian buka file movie yang anda ingin tonton, klik tool di toolbar sebelah atas klik adjusments and effects



klik  video effects dan tekan butang advanced tanda tick pada Anaglyph 3D



movie anda sekarang sudah berada dalam versi 3D. 

Jangan lupa gunakan cermin mata 3D untuk mengalami keseronokan menonton movie 3D

cermin mata blue red 3D juga boleh didapati dikedai online


SELAMAT BERHIBUR

Khamis, 1 Mac 2018

Serampang Tiga Filem Keluaran Tahun 1981


Anda lahir tahun 60an, 70an, atau 80an,?? Pasti pernah menonton filem ni kan. Filem pendekar terhebat era 80an lakonan mantap Kuswadinata, Sharifah Hasnor, Normala Omar, Yahya Sulong, Ibrahim Pendek, Ahmad B.

Filem serampang tiga dikelurkan dalam bentuk warna berdurasi lebih kurang 1 jam 40 minit ini menampilkan kuswadinata sebagai hero uatamanya dibantu oleh ibrahim pendek.

Kalau yang belum tengok.. atau adik-adik yang era internet ni nak tau serba sedikit jalan ceritanya jom baca sinopsis ni.

Sinopsis:-

                                                    salah satu babak dalam filem serampang tiga

Filem ini mengisahkan tentang Indra yang ingin mencari adiknya. Ayah Indra telah memberi pedang yang diwarisi supaya dapat mempertahanan dirinya. Dalam perjalanan, Jalur turut menemani Indra. Ketika tiba di sebuah kampung, Indra dan Jalur melihat sekumpulan orang jahat cuba mengganggu Kiambang dan ayahnya yang sedang berniaga makanan di sebuah warung. Indra telah berjaya melindungi Kiambang dan ayahnya dari terus diganggu. Di kampung tersebut, Indra telah mendapat tahu bahawa adiknya telah mati dibunuh. Indra bersumpah untuk menuntut bela di atas kematian adiknya. Dia harus mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.

Dibintangi oleh:

Kuswadinata ... Indra
Normala Omar ... Kasputri
Sharifah Hasnor ... Kiambang
Ahmad B ... Garong
Yahya Sulong ... Pak Sulong
Ibrahim Pendek ... Jalur
Rahim Jailani ... Naning
Yusoff Latiff ... Pak Linggawan



SELAMATKAN FILEM LAMA KITA AGAR KEMBALI DIINGATI


Ahad, 28 Januari 2018

JOM BERBELANJA DAN DAPATKAN KEMBALI WANG ANDA

KLIK SINI


Tahukah ada???????

Jika anda selalu membeli belah secara online. Apa kata ko orang cuba beli belah melayu shopback ni. Ada banyak ganjaran menarik menanti anda. Boleh cuba-cuba lihat. Klik pada ikon shopback yang admin letaklan kat atas tu. dan daftar.. mudah aje..

Terdapat banyak web membeli belah online yang mengambil bahagian. Mulai hari ini ko orang tak perlu install banyak aplikasi beli belah kat smartphone ko orang memadailah install shopback sahaja kerana didalamya semua ada. setiap ringgit yang anda belanjakan akan kembali kepada anda dengan jumlah tertentu.

So tunggu apa lagi.. klik ikon kat atas tu dan selamat membeli belah

poster -poster filem p ramlee

P Ramlee satu nama besar dalam industri perfileman malaysia. Filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham malar segar sehingga kini dan...