Oleh kerana kerajaan istiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 mac 2020 maka semua urusan kerja adalah dari rumah sehingga kini. walau pun ianya telah dilonggarkan pada 4 mei lalu namun kerja kat opis hanya apabila perlu sahaja.
Oleh sebab itu selain melayan anak-anak sempatlah aku melayan hobi aku ianya godek-godek kaset, CD dan piring hitam yg bersarang tu...
Bermula dengan servis radio yg dibeli lama dulu... tukar belt dia tak payah pun dan cuci sikit2 dalam tu agak dapat berfungsi dengan sempurna
jeng--jeng... tukar belt
senang saja.. tapi kena hati-hati sebab alat elektronik yg sensitif dan susah nak cari sparepart kalu rosak.. aku nasib baik lah belt sama ada tersimpan dalam store khazanah.
Maka bila dah siap semuanya... bermula episod putar kaser-kaset aku yang bersarang tu... terkenang zaman sekolah dulu -dulu.. Aduh sedih pulak dah la raya tak leh balik
tuu diooo album wajid diputar
Sebenarnya aku baru perasaan belt dia rosak.. patut la selama ini aku cuba mainkan kasih asyik tendang je... ni baru perasaan... sebelum ni busy tak de masa nak belek-belek tenung- tenungkan.
Hifi Brand Samsung dibeli lebih 10 tahun dulu
Hifi ni aku beli masa bujang-bujang dulu.. masa ni peralihan dari kaset/CD ke Mp3.. so radio ni semua ada kaset/CD/ VCD/ DVD dan USB cucuk pendrive.. kira rare la.. susah nak dapat ni..
lama dah aku tak pasang CD sbb tak leh read.. mulanya sebab aku buka dan cuci lens dia dengan kapas.. sejak ari tu menangis lah aku... hanya dok layan MP3 je... tapi sejak PKP ni aku godek punya godek.. aku guna gel pembersih beli kat MR DIY Rm 2 hinggit lebih... cuci2 sikit kat lens dia tu.. Alhamdulilah berfungsi dengan sempurna malah lebih baik bunyi dia dari sbelum ni.. KEBABOMNMMMM
Seronok tak terkira..... So Jom Layan skit lagu scorr... kikikiki
memang rare lah
BalasPadam