Jumaat, 28 Julai 2017

Filem Perjanjian Syaitan



Admin nak kongsi info dengan ko orang semua. Sebuah filem seram zaman 80an. admin tengok filem ni masa kecil-kecil dulu.. lepas tengok takut nak ke bilik air.. seram betul.. mungkin masa itu kita budak-budak lagi.. sekarang ni bila tengok tak rasa apa-apa dah kan.. hehehee.. apa pun filem ni sudah tidak ditayangkan lagi oleh mana-mana stesen TV. Setelah sekian lama admin convert dari VHS utk dikongsi bersama agar khazanah ini tidak terkubur begitu sahaja..

Filem: Perjanjian Syaitan
Tahun : 1981
Arahan: S Sudarmaji
Pelakon Utama : Azean Irdawati

Sinopsis:-


Tambun membunuh Tok Kadim, penghulu sebuah kampung dan memberitahu Tok Kadim mati kerana kemalangan. Kematian Tok Kadim membuat penduduk kampung berdukacita dan melantik Tambun sebagai Penghulu. Sejak itu pelbagai kejadian buruk berlaku. Semua kejadian itu adalah angkara Tambun sehingga dia berjaya berkahwin dengan janda arwah Tok Kadim. Tambun mempunyai seorang adik, Ribut berwajah hodoh, jatuh cinta dengan Ujang. Cinta Ribut tidak berbalas kerana Ujang menyintai Seri. Ribut marah dan benci kepada Seri. Ribut didatangi Syaitan menyerupai nenek dan berjanji menjadikan ribut Jelita. Ribut bersahabat dengan syaitan dan merasa bangga dengan kecantikannya lalu berusaha membalas dendam sehingga berlaku beberapa kematian misteri

saksikan
tape 1
tape 2




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...