Khamis, 1 Mac 2018

Serampang Tiga Filem Keluaran Tahun 1981


Anda lahir tahun 60an, 70an, atau 80an,?? Pasti pernah menonton filem ni kan. Filem pendekar terhebat era 80an lakonan mantap Kuswadinata, Sharifah Hasnor, Normala Omar, Yahya Sulong, Ibrahim Pendek, Ahmad B.

Filem serampang tiga dikelurkan dalam bentuk warna berdurasi lebih kurang 1 jam 40 minit ini menampilkan kuswadinata sebagai hero uatamanya dibantu oleh ibrahim pendek.

Kalau yang belum tengok.. atau adik-adik yang era internet ni nak tau serba sedikit jalan ceritanya jom baca sinopsis ni.

Sinopsis:-

                                                    salah satu babak dalam filem serampang tiga

Filem ini mengisahkan tentang Indra yang ingin mencari adiknya. Ayah Indra telah memberi pedang yang diwarisi supaya dapat mempertahanan dirinya. Dalam perjalanan, Jalur turut menemani Indra. Ketika tiba di sebuah kampung, Indra dan Jalur melihat sekumpulan orang jahat cuba mengganggu Kiambang dan ayahnya yang sedang berniaga makanan di sebuah warung. Indra telah berjaya melindungi Kiambang dan ayahnya dari terus diganggu. Di kampung tersebut, Indra telah mendapat tahu bahawa adiknya telah mati dibunuh. Indra bersumpah untuk menuntut bela di atas kematian adiknya. Dia harus mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.

Dibintangi oleh:

Kuswadinata ... Indra
Normala Omar ... Kasputri
Sharifah Hasnor ... Kiambang
Ahmad B ... Garong
Yahya Sulong ... Pak Sulong
Ibrahim Pendek ... Jalur
Rahim Jailani ... Naning
Yusoff Latiff ... Pak Linggawan



SELAMATKAN FILEM LAMA KITA AGAR KEMBALI DIINGATI


2 ulasan:

  1. Salam... Ada beberapa album ada password... bleh sy dptkn password x? tq

    BalasPadam
  2. wsalam. simpanan peribadi sahaja not for share bro.. maaf ye

    BalasPadam

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Aidilfitri ini, admin menyusun 10 jari mohon maaf dari anda semua seandainya ada tersilap dan terguris hati samada sengaja atau ...