Ahad, 29 April 2018

Siapa tak kenal Ziana Zain kan!!!

Artis kesayangan ramai, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan nama Ziana Zain dilahirkan 2 Mei 1968 adalah salah satu artis lagend di Malaysia

Sekarang aktif berlakon telefilem dan kerap diundang sebagai juri profesional untuk pelbagai program realiti televisyen selain menghiburkan peminat di majlis-majlis makan malam korporat.
Ziana yang melibatkan diri secara serius dalam bidang seni sejak 1989 masih lagi aktif berjuang dalam gelanggang seni.

Bagaimanapun isteri kepada Armin Zaharin Ahmad Zambri dan ibu kepada empat orang cahaya mata itu perlu membahagikan waktu antara kerjaya dan rumah tangga secara seimbang.

Pernah suatu ketika dahulu namanya begitu gah dipersada hiburan Malaysia bukan sahaja melaluilagu-lagunya yang hits malah juga melalui filem-filem lakonan beliau yang pecah panggung. Antara filem lakonan beliau adalah Sembilu, sembilu 2, maria mariana 1 & 2, Merah dan banyak lagi

Antara album rakaman yang permah dirakamkan ziana adalah :-

1991 Madah Berhelah -  terjual sebanyak 40,000 unit
1993 Ziana Zain -terjual sebanyak 85,000 unit
1995 Setia Ku Di Sini - terjual sebanyak 180,000 unit
1997 Puncak Kasih- terjual sebanyak 150,000 unit
1999 Ziana Zain - terjual sebanyak 50,000 unit
2001 Aku Cintakan Mu- terjual sebanyak 45,000 unit
2008 Dingin merupakan single

Selain itu terdapat juga album-album kompilasi, rakaman konset,VCD karoake dan juga soundtrack filem.

Antara album-album yang pernah diterbitkan








1 ulasan:

  1. assalam bro...tolong bagi password download lagu..harap bro bagi kerjasama

    BalasPadam

poster -poster filem p ramlee

P Ramlee satu nama besar dalam industri perfileman malaysia. Filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham malar segar sehingga kini dan...