Filem ini pernah meletup suatu ketika dulu. Siapa zaman remajanya di tahun 90an mesti pernah tonton filem ni kan. Filem inilah yang mula mula membawa erra fazira ke dunia perfileman. Filem ini juga penuh nostalgia buat aku. Sehingga kini masih menonton. tape video masih menjadi pilihan kerana ia menyimpan 1001 kenangan.
tape video vhs sembilu yang tersimpan hampir 25 tahun
video tape ini jarang jarang orang beli suatu ketika dulu. Kebiasaannya orang sewa je dikedai kedai video. Kadar sewa dalam RM3 untuk seminggu. Bergantung pada satu satu filem tu. Nak sewa tape sembilu dulu kena tunggu giliran maklumlah filem ni mendapat sambutan hangat dikalangan peminat filem tempatan pada ketika itu. Sebab tu lah aku beli tape ni. Selalu juga dipinjam oleh kawan kawan masa sekolah dulu. bawa dalam beg sekolah senyap senyap takut cikgu nampak. Kalau teringat balik nostalgia itu, mesti aku tersenyum keseorangan
sembilu 2 mencipta fenomena dengan kutipan box office tertinggi
Sembilu 2 merupakan kesinambungan dari filem sembilu. Filem ini mencipta fenomena dan mencatat sejarah apabila mendapat kutipan paling tinggi RM6juta dengan harga tiket pada waktu tu RM3.50 sahaja. Dikira kejayaan yang cukup membanggakan pada waktu itu. Yusoff Haslam waktu tu digelar six million dollar man.
Disini lah nama Erra Fazira mula mekar dan gosip percintaan dua bintang utamanya menjadi topik hangat waktu itu. Rata rata peminat mengharapkan erra dan awie bersatu. Tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang.
tv kotak adalah medium menonton tape video dizaman 90an
Secara keseluruhannya, filem ini mendapat sambutan hangat pada ketika itu adalah kerana jalan ceritanya yang menyentuh isu percintaan remaja di samping menampilkan bintang popular ketika itu seperti awie dan ziana zain.
Ziana Zian penyanyi yang sedang mencipta nama waktu itu. Banyak lagu lagu ziana yang hits dimuatkan dalam filem itu. Begitu juga lagu nyanyian awie yang menjadi siulan remaja seperti aku ketika itu. Ini yang membuatkan filem ini diterima ramai. Nampaknya pencaturan yusoff haslam ketika itu betul betul menjadi.
Sekarang filem ini sudah hampir 25 tahun dan ianya tetap menjadi kenangan dalam hidup aku.
SEKIAN, FILEM KITA JIWA KITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan