Musim cuti sekolah dah nak abis, Rasa baru saja bermula. Bagi orang lain musim cuti sekolah ini lah yang sesuai untuk bersama keluarga, pergi jalan-jalan, bercuti bersama mereka yang tersayang. Tetapi tidak aku, penghujung tahun padat dengan pelbagai tugasan. Macam-macam urusan kerja nak kena selesaikan sebelum tahun bertukar ke 2018. Berkejaran sana sini sehinggakan tak sempat nak menulis. Penat itu perkara biasa kekadang nak hidup pun terasa siksa...
Tahun ini kesibukan makin bertambah dari tahun-tahun sebelumnya. Apa taknya, last minit dapat surat tawaran berpindah rumah. Nak tak nak kena pindah juga demi masa depan keluarga. Seronok tu memang la seronok sebab dapat rumah baru walaupun bukan rumah sendiri. Pelbagai perkara kena urusankan terutama sekali hal pertukaran sekolah anak. Buntu juga memikirkannya. Macam mana nak buat pertukaran sekolah dari selangor ke kuala lumpur. Bolehkah urusan itu dilakukan dalam masa yang singkat.. Adakah kekosongan lagi di sekolah yang berdekatan rumah. Siapa yang nak jemput anak sekolah kebangsaan dan hantar ke sekolah agama. Itu baru anak pertama. Anak kedua pulak.. masalah yang sama, mana nak cari tadika. lepas tu transit ke taska.. siapa yang nak hantar dan jemput dah la umur baru 5 tahun ditengah-tengah bandar besar pulak tu. Yang sikecik pulak.. ada ke orang sanggup menjaganya. Aduiii pening kepala.. kalau gaji aku besar kompem aku suh wife berenti kerja. tapi apakan daya hidup di kota besar perlu keduanya kerja.. harapkan gaji aku.. memang tak berasap la dapur.. Pening-pening memikirkan
Teringat....
Suatu ketika dulu ketika di kampung, masa cuti sekolah beginilah masa paling sesuai untuk layan kaset lagu lagu kegemaran. Bulan disember ni kompem musim hujan, tak boleh nak keluar main di luar, so terperap dirumah la.. tu yang syok layan kaset tu. lagipun hujan..boleh pasang lagu kuat-kuat.. kompem orang tak dengar.. hahaahaa.. seronok sangat masa tu. Paling syok masa tu album RAP baru bertapak, seperti NICO, KRU,KOOL dan FEMININ.. apa lagi bergegarlah bilik aku...
"aku nico nak cerita,cerita rapper muda dikota, umur muda mau bercinta sampai hidupnya porak peranda"
hhhaahah... lagu feveret tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan