Selasa, 12 September 2017

PERAKAM DAN PITA VHS: JOM KENALI



Siapa lahir era 80an dan 90an... mesti pernah guna benda ni kan, pernah guna atau sekurang-kurangnya pernah lihatkan. Siapa masih simpan benda ni.. kita GENG, admin masih simpan 2 perakam VHS dan ada berpuluh keping tape VHS. ada yang masih elok dan ada yang sekadar perhiasan sahaja.





Pelbagai bentuk dan format alat perakam video (VCR Video Cassette Recorder) VCR menggunakan pita magnetik untuk merakamkan bahagian video (gambar) dan bahagian audio (suara).

Bentuk Alat Perakam Video


1. Jenis Rel Terbuka

Perakam mi menggunakan pita magnetik lebar 5.0 cm (2 mci) yang diletak pada satu gelendong yang besar (serupa dengan gelendong pita audio rel terbuka).

2. Jenis U Matic

Ini ialah bentuk pita video yang telah direkacipta oleh Syarikat JVC Jepun. Lebar pita dikecilkan 1.9cm dan diletakkan di dalam satu katus khas.

3. Bentuk VHS, Beta, Video 2000
pita video dengan lebar 1.27 cm (1/2 mci).,
VHS (Video Home System) oleh Syarikat JVC
Beta oleh Syarikat Sony.
Video 2000. syarikat Philips (Eropah)

4. Bentuk 8 mm

perkembangan yang terbaharu -pita video selebar 8 mm (0.31 inci). Perakam khas diperlukan untuk menggunakan pita tersebut. Jenis VHS-C boleh digunakan dengan satu adaptor untuk dimasukkan ke dalam perakam VHS biasa.

5. Jenis Laser Disk

Piring plastik bersalut aluminium digunakan untuk merakamkan isyarat digital dengan menggunakan laser. Isyarat-isyarat digital ditukar menjadi isyarat audio dan video oleh pemain videonya.

Membuat Rakaman Dengan Alat Perakam Video
Rakaman ‘On Air'
Rakaman ‘Off Air'
Rakaman Secara Terus

Rakaman ‘On Air'

Rakaman ‘on air' ialah rakaman yang dibuat semasa siaran TV sedang dipancarkan oleh stesen pemancar TV.

(a) Talakan VCR ke saluran/stesen yang diperlukan.

(b) Pastikan masa siarannya. Lihat jadual waktu siaran

Rakaman secara terus

Kamera video disambungkan dengan kabel audio/video kepada soket-soket audio in dan video in pada VCR ataupun kepada soket CAMERA pada alat perakam.

Rakaman terus boleh juga dibuat dengan menggunakan satu set camcorder (camera + recorder). Melalui set ini, anda tidak perlu menyambungkan sebarang soket pun.

Membuat Penggambaran Dengan Kamera Video

Pertama: sediakan pelan kisah dan skrip penerbitan.

Kedua: kadar pencahayaan. Kadar ini diukur dalam unit lux. Secara kasamya 1 lux adalah bersama dengan cahaya yang dikeluarkan oleh satu nyalaan lilin pada jarak 30 cm.

Terdapat kamera video yang mempunyai had minimum cahaya sebanyak 100 lux, 10 lux, 7 lux atau 3 lux. Semakin kecil nombor luxnya, semakin sensitiflah kadar penerimaan cahaya pada kamera tersebut, iaitu kamera boleh membentuk imej walaupun kadar cahaya adalah kurang.

Ketiga: kawalan perimbangan cahaya putih (white balance). Perimbangan cahaya putih yang sempuma akan menentukan pembentukan warna-wama yang sesuai mengikut kadar pencahayaan yang ada pada sesuatu tempat. Tiub gambar kamera video direka supaya dapat membentuk warna-wama seperti yang terdapat pada spektrum cahaya putih (pada waktu siang hari). Dalam cahaya mentol, spektrum warna yang terhasil adalah kekuningan. Oleh itu, kamera video akan cuba membentuk wama berdasarkan spektrum yang ada. ini dilakukan dengan menggunakan satu saring cahiaya khas yang dapat mengubah suhu cahaya ambien.

Keempat: ialah kesinambungan adegan. Adegan-adegan berasingan perlu ada penyelarasan agar tidak ada gangguan (glitch) di antara adegan­-adegan yang berlainan.
Cara ikut sekuen . Adegan-adegan digambarkan berdasarkan skrip penerbitan pelan kisah
Cara luar sekuen . Adegan-adegan digambarkan mengikut kesesuaian masa, tempat dan waktu.
Penggainbaran ikut sekuen adalah kaedah yang paling mudah sekali. Cara luar-sekuen mernberi hasil yang lebih baik kerana perancangan yang lebih rapi dan teliti diperlukan untuk sesuatu adegan itu.

Kelima: ialah penghasilan dan penggambaran grafik.
(a) Pengenalan
Logo penerbitan
Tajuk penerbitan
Kredit - senarai nama kakitangan penerbitan
(b) Grafik persembahan
Peta
Gambarajah
Pelan lokasi
Teks, dli
(c) Kapsyen
Sarikata
Teks tambahan
Alih bahasa, dli

Tiga bentuk grafik boleh disediakan, iaitu:

(a) Cara manual

Grafik/teks ditulis atau dilukis sendiri di atas kertas tebal dan keras berukuran dalam nisbah 3:4 Tinggalkan sedikit kawasan di sekeliling kad itu sebagai kawasan selamat untuk fokus.

(b) Cara kamera

Beberapa jenama kamera video mempunyai keupayaan untuk menghasilkan teks secara automatik. Teks boleh digunakan sebagai tajuk utama dan juga kapsyen yang pendek.

(c) Cara komputer

Komputer peribadi boleh digunakan untuk menghasilkan grafik untuk digabungkan dengan adegan-adegan dan kamera video.

Keenam: proses produksi terakhir. Proses mi melibatkan suntingan dan dubbing suara dan kesan bunyi khas.

Untuk membuat audio dubbing dengan sempurna, VCR yang mempunyai beberapa fungsi khas seperti INSERT EDIT dan AUDIO DUB diperlukan.

INSERT EDIT — fungsi menyunting gambar video dengan cara menyelit adegan-adegan pada tempat-tempat tertentu pad a rakainan sedia ada.
AUDIO-DUB — fungsi merakam semula trek suara tanpa mengganggu trek video (gambar).

Sekian terima kasih

Salam Sayang
-ADMIN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...