Selasa, 7 November 2017

DRAMA CIKGU LIMAU KASTURI- MASIHKAH ANDA INGAT

Drama Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim, lakonan hebat Harun Salim Bachik, yang ditakdirkan untuk mengajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman Kelantan, iaitu di Kampung Limau Kasturi. 
Harun Salim Bachik sebagai cikgu Halim

Kawasan penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta hanya dapat dihubungkan dengan satu stesen kereta api yang sudah usang. Pada mulanya, Cikgu Halim amat susah hati dan keberatan untuk pergi mengajar di sekolah tersebut, namun setelah ibunya memberi dorongan dan semangat, beliau akur dengan takdir yang dihadapinya itu. 


Ketika di kampung tersebut, beliau telah banyak dibantu oleh Pak Hassan, salah seorang penduduk di kampung tersebut. Cikgu Halim cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung tersebut walaupun suasananya jauh berbeza dengan bandar. Di kampung, beliau telah mempelajari dan melihat nilai-nilai kemasyarakatan yang tidak dapat dirasai ketika di bandar.  
Pada hari pertama mengajar, terdapat seorang murid bertindak nakal dengan membaling gumpalan kertas pada Cikgu Halim.Tetapi, beliau tidak memarahi murid nakal tersebut, sebaliknya beliau memberi nasihat sehingga menyebabkan budak tersebut menyesal dengan tindakannya. Pada suatu hari ketika Cikgu Halim sedang mengajar di dalam kelas, beliau perasaan akan kehadiran seorang budak perempuan yang sembunyi-sembunyi cuba menjawab pertanyaan Cikgu Halim terhadap murid-murid di dalam kelas. Budak itu bernama Rohani dan merupakan anak kepada Lebai Lazin. Budak itu mempunyai keinginan yang mendalam untuk bersekolah, namun tidak dibenarkan oleh bapanya yang berfahaman kolot mengenai pendidikan. 
Lebai Lazin telah pergi berjumpa dan memarahi Cikgu Halim kerana mempengaruhi Rohani untuk belajar. Tetapi, Lebai Lazin mula sedar akan kepentingan pendidikan pada Rohani, dan dia meminta Cikgu Halim untuk memasukkan Rohani kesekolah. Sepanjang Cikgu Halim mengajar di sekolah tersebut, telah banyak berlaku perubahan terhadap sikap murid-murid disitu dan murid-murid juga semakin rapat dan meminati beliau.  

   salah satu babak dalam drama cikgu limau kasturi 
lakonan Allahyarham Harun Salim Bachik

Ketika, beliau semakin dapat menyesuaikan diri di kampung itu, beliau telah menerima surat daripada kementerian mengenai permohonannya untuk bertukar
Disini bermulalah drama hiba dan sedih apabila jiwa penonton dijentik. Perasaan hiba dan sayu ditonjolkan dalam drama ini yang membuatkan hati gundah gulana pada penonton.
Apa pun saksikan kehebatan drama ini di channel pencinta khazanah seni klik di bawah untuk tonton

 cikgu limau kasturi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...