Selasa, 3 Oktober 2017

FILEM PERTAMA TENGOK DI PAWAGAM

panggung wayang gambar LIDO kota bharu.. tinggal kenangan

Masih ingat tak bila kali pertama  menonton wayang, pengalaman yang tak boleh dilupakan bagi admin, teringat masa dulu dulu bersama kawan kawan sekampung, seminggu perancangan nak ke bandar semata mata nak tgk wayang, dari kampung admin naik bas dalam sejam. tambang tak sampai seringgit pun . Masa tu baru berumur 14 tahun kalau tak silap.. pakai baju punya la stail, bergaya nak ke bandar la katakan.. sampai je ke bandar kota baru terus je berjalan kaki ke panggung wayang lido. masa tu ada dua panggung satu lido dan satu lagi odeon kat bazar buluh kubu. pertama kali admin tengok filem sofea jane perempuan, isteri dan .....

memang teruja dgn skrin besar.. pertama kali la katakan. terus jatuh cinta dgn sofea jane lepas tonton filem tu..... sekarang ni semuanya tinggal kenangan. sesekali admin balik kampung jika lalu kawasan tu mesti kenangan menghantui.. panggung lido tu skrg dan tak der, dah didirikan bangunan pengcakar langit, panggung odeon juga mcm tu dh jadi pusat beli belah. sedih sangat.. apa taknya.. disitu la tempat admin lepak dengan kawan kawan, berasak asak sampai basah baju semata mata nak beli tiket filem sembilu 2.. tergelak gelak bila bersembang dgn kwn mengenang semula kenangan manis itu.. friend forever la kan.. sekarang semua member admin dah berkerjaya.. dah tak jumpa .. sekarang admin sendiri pun di kota besar. panggung wayang berlambak tetapi masa tak der nak menonton. lagi pun suasana tak macam dulu. filem pun dah tak mcm dulu. tu yang admin malas nk tgk wayang dah.. kalau ke panggung pun kekadang je bila rakan setugas ajak tapi dah tgk filem melayu.. tak tau lah di mana silapnya...
harga tiket wayang suatu ketika dulu

1 ulasan:

  1. abang admin orang kelate yerr...hikkk hikkk..sama la dgn yusrina..kita jadi geng nakk...mehh laa abe...huhuhuh
    kalau abg ada masa..jom singgah ke blog yusrina dehh.. http://albumretro.blogspot.com

    BalasPadam

album terbaik sharifah aini the legend

Sedikit info: Antara album terbaik dari biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini . Sharifah Aini Hamzah Dolmat lelamanja sebuah...