Jumaat, 13 Oktober 2017

Menyimpan Media Penyimpanan Data Agar tidak Rosak

Dalam dunia internet sekarang ini, semua nak digitalkan, bukan setakat kertas surat menyurat, dokumen-dokumen penting malah CD/VCD?DVD pun dah susah nak jumpa sebab orang sekarang tengok online. Kalau dulu pegi mana mana pasaraya mesti ada jual cd kan! sekarang ni jarang-jarang ada.

Dah banyak kedai tutup disebabkan semua dah digital orang dah beli online dan orang dah tak berminat lagi dengan benda fizikal. Sedih tu memang sedih, dulu zaman aku sekolah dulu beli kaset atau cd dengar lagu sambil belek-belek kulit album, cium-cium bau sampaikan orang tua pun dah tak boleh nk buat apa. marah pun macam tu juga. Tapi lebih elok lagi dari aku dok melepak hisap rokok dengan budak budak kampung yang lain

Oleh kerana bertimbunnya cd/vcd/kaset aku tu (ada yang aku angkut dari kampung, ada yang aku beli dipasar pasar karat) tercetusnya idea untuk aku mendigitalkan cd cd tu untuk disimpan mengikut kesesuaian zaman. bila dah digitalkan ni, senang simpan.. masuk je dalam hardisk. yang fizikal masuk almari simpan diam-diam. tapi awas VIRUS MENYERANG.. 

KULAT boleh merosakan pita pita kaset dan cd. cd pun kalau lama tak buka, tak cuci boleh rosak juga.. Tak tau kenapa tapi mugkin kandungan kimia dalam cd tu sendiri yang merosakkannya. Dah banyak juga koleksi cd aku yang tak boleh play, play tapi sangkut-sangkut pun ada juga. yang berkulat tu tak usah cakap la. terpaksalah aku cuci buka satu satu tape tu.. perlu berhati-hati agar tidak merosakan pita-pita itu.. berharga tu.. mana nak cari dah sekarang ni dah tak der orang jual
Nak tahu macam mana cara mencucinya.senang je pegi beli alkohol swap biasanya dalam botol penutup kuning masih ada dijual. ni kira barang rare juga ni.

contoh alkohol yang digunakan untuk mencuci pemain kaset dan juga cuci pita-pita tape yang berkulat

Aku selalu gunakan benda ni dengan putik kapas.. gosok-gosok pada head kaset untuk bunyi yang  KEBABOOMMM. untuk cuci pita pula kena buka cover dia.. pastu gosok perlahan  lahan bagi mengelakkan ianya berkecai atau rosak. Anda boleh cuba.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...