Khamis, 5 Oktober 2017

PERAKAM RADIO KASET



Perakam Radio kaset

Perakam Audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat di pasaran satu ketika dulu. Walaubagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudah mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman atau rekod ialah dengan melihat kehadiran butang rakaman @ rekod ( biasanya butang ini berwarna merah ). Biasanya alat ini mempunyai mikrofon yang terbina di dalamnya dan dirakam ke dalam pita rakaman. Pita ini berupaya merakam dalam tempoh masa tertentu seperti:


•         C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan menggunakan kedua-dua belah   bahagian)

•         C-90 (45 minit setiap bahagian)

•         C-120 ( 60 minit bagi setiap bahagian )

Admin masa sekolah dulu selalu gunakan butang record ini untuk merakam lagu kegemaran melalui radio. Radio pilihan waktu itu adalah pilihan bersama radio muzik. Sekarang semuanya kenangan

butang record atau rakam biasanya berwarna merah. 
ia digunakan satu masa dulu untuk merakam lagu kegemaran

oleh kerana minat pada muzik. radio mcm ni admin beli masa bergelar student dulu dgn duit ptptn.. pikul bawa balik masa cuti sem.. kenangan mengusik jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHANNEL MASAKAN BERINFORMASI,SIMPLE DAN MUDAH

 Salam Sejahtera, Apa khabar pengunjung blog ni.. macam mana dengan PKP 2.0 harap semuanya bersabar dan mengharungi detik-detik ini dengan p...